Your Hubs of Beauty&Supplement Begins Here

Your Hubs of Beauty&Supplement Begins Here
Saya adalah pegedar sah SHAKLEE id number SID1096278

Friday, February 7, 2014

Apa itu buasir?Dan bagaimana mencegahnya..

Apa itu buasir?

Buasir atau hemoroid adalah pembengkakan pada salur darah vena yang terletak di bahagian rektum dan dubur. Apabila vena ini membonjol keluar ia meng­ganggu dan menyebabkan membran di sekitarnya membengkak, terasa sakit, perit, gatal dan berdarah.

Buasir terjadi disebab­kan tekanan dalam darah di bahagian rektum terlalu tinggi, menyebabkan dinding vena meregang atau ‘memberi’ dan membonjol. Kadangkala ia boleh pecah, terutamanya ketika meneran apabila membuang air besar.

Kewujudan tisu buasir adalah satu komponen normal dalam anatomi badan manusia. Ia bertindak sebagai ‘kusyen’ yang kaya dengan saluran darah di dubur dan menjadi ‘pelapik termampat’ untuk membenarkan dubur tertutup de­ngan ketat.

Dr Yunus berkata, apabila seseorang mengalami sembelit dan cuba meneran najis yang keras di dalam kolon dengan kuat ketika membuang air besar, struktur terbabit akan membengkak.

Kemudian, ia menjadi kurang memberi dan akhirnya terjulur keluar daripada dubur bersama darah yang berwarna merah cerah yang menitis, tersembur atau meninggalkan kesan apabila dikesat dengan tisu tandas.

Walaupun pendarahan dan sembelit dilihat sebagai gejala utama buasir, namun pendarahan yang berlaku daripada dubur tidak semestinya disebabkan buasir, tetapi boleh menjadi petunjuk kepada pe­nyakit lain yang lebih serius seperti kanser kolorektal.

“Penting bagi individu berkenaan menjalani pemeriksaan di peringkat awal bagi menge­sahkan penyakit dialami dan menjalani rawatan sewajarnya.

“Tetapi biasanya pesakit lambat mendapatkan rawatan dan hanya datang berjumpa doktor selepas masalah mereka menjadi teruk,” kata­nya.

Menurutnya, antara penyebab lazim buasir ialah tidak cukup minum air dan pengambilan makanan yang kurang serat.

Selain itu, terlalu kerap mengangkat barangan berat juga menyebabkan individu berkenaan berisiko tinggi untuk mengalami buasir kerana tekanan dialami di bahagian dubur apabila melakukannya amat tinggi.

“Amalan duduk terlalu lama ketika membuang air besar juga tidak digalakkan dan kebiasaannya individu berkenaan berkemungkinan me­ngalami masalah buasir tahap tiga atau empat untuk jangka masa lama tanpa sebarang rawatan khusus.

“Jangan tahan atau bertang­guh-tangguh untuk buang air besar. Apabila ‘keinginan’ itu datang, segeralah menyahut ‘panggilan’ itu,” katanya.

Ada empat peringkat buasir yang perlu diberi perhatian:

Peringkat pertama membabitkan buasir yang mengalami pendarahan, tetapi ia tidak menonjol keluar.

Peringkat kedua berlaku apabila buasir menonjol keluar ketika buang air besar, tetapi masuk kembali dengan sendirinya.

Peringkat ketiga buasir keluar ketika atau selepas buang air besar dan hanya hilang (masuk kembali) apabila ditekan atau ditolak dari luar.

Peringkat keempat (kronik) apabila buasir sentiasa berada di luar hingga menyebabkan ketidakselesaan untuk melakukan aktiviti harian.

“Untuk peringkat paling kronik mungkin pembedahan adalah pilihan terbaik, tetapi kini ada banyak cara boleh dilakukan untuk mengurangkan kesakitan ketika ‘menghilangkan’ buasir serta mempercepatkan penyembuhan.

“Buasir mengambil masa yang lama untuk berkembang namun, gejalanya berbeza bergantung kepada peringkat ia berlaku,” katanya.

Punca

Sembelit dan meneran berlebihan ketika buang air.

Pekerjaan yang membabitkan keadaan duduk atau berdiri dalam masa yang lama.

Obesiti, kehamilan dan proses melahirkan anak.

Masalah ini juga berlaku disebabkan faktor gaya hidup atau tabiat pemakanan yang meningkatkan kecenderungan untuk mendapat buasir.

Namun, ia boleh dicegah dan gejalanya dapat dikawal jika diurus pada peringkat awal. Walaupun sudah mendapat rawatan, individu berkenaan perlu mengubah gaya hidup untuk mengelakkan masalah berulang.

Rawatan

Antara proses rawatan yang boleh dilakukan ialah:

Untuk peringkat awal pemberian ubat melembutkan najis menjadi pilihan.

Lingkaran getah (rubber band ligation) bagi peringkat ketiga dan keempat - Bagi buasir yang tidak dapat disembuhkan dengan rawatan konservatif, rawatan standard boleh dijalankan iaitu mengikat de­ngan lingkaran getah (rubber band ligation).

Satu atau dua lingkaran getah diikat di sekeliling pangkal buasir. Ini akan menyekat peredaran darah ke buasir berkenaan. Ikatan lingkaran getah ini hanya digunakan untuk buasir dalaman saja. Ia dilakukan tanpa menggunakan ubat bius dan tidak menimbulkan kesakitan.

Ligasi Arteri Hemoroid (Haemorrhoidal Artery Ligation) - Kaedah ini menggunakan alat yang dikenali sebagai ultrabunyi Doppler bagi mengikat atau jahit saluran darah untuk mengurangkan tekanan pada bahagian berkenaan. Alat ini akan dimasukkan ke dalam dubur dan prosesnya membabitkan bahagian dalam anus yang kurang sensitif.

Menggunakan laser - Jarum laser akan dimasukkan dalam buasir yang terkeluar dan proses ini menyebab­kannya mengecut. Buasir mengambil masa dua hingga empat minggu untuk kecut sepenuhnya.

Panduan mengelak buasir.

Minum air sekurang-kurangnya 1.5 hingga dua liter sehari.

Kurangkan pengambilan daging merah kerana boleh menyebabkan sembelit.

Makan makanan seimbang dengan mengambil makanan yang tinggi serat, bijirin, buah-buahan dan sayur-sayuran.

Kurangkan menikmati makanan segera. Jika makan di luar rumah pilih makanan yang mengandungi serat tinggi dan segar.

Elakkan memakan makanan yang boleh me­nyebabkan gangguan pada proses pembuangan air seperti makanan pedas atau berempah.

Apabila terdapat gejala tertentu seperti darah dalam najis, sakit atau gangguan pada dubur segeralah berjumpa doktor dan jangan tunggu hingga ia melarat.

Sumber: Harian Metro, 2013.


Untuk pertanyaan lebih lanjut boleh la whts app ammi ok jgn malu2 ~0194882829~
FOLLOW MY FB PAGE FOR MORE INFO  https://www.facebook.com/ariesBshop?hc_location=timeline

SET PENYUSUAN SHAKLEE

Ibu-ibu yang pernah mengambil set breastfeeding ini mendapati badan mereka tambah bertenaga, susu badan kelihatan lebih pekat malah ada yang mendapati susu badan mereka bertambah banyak.
Namun, 3 PERKARA PENTING ini perlu diamalkan:
1)Minum 3Liter air sehari
2)Pam susu 3 jam sekali
3)Doa, tawakal
Set ini mengandungi:
Vitalea = multivitamin dan multimineral bagi membekalkan keperluan vitamin dan mineral keperluan harian tubuh.
Vita-C = penting untuk kesegahan sel, mempertingkatkan imuniti tubuh, mencantikkan kulit dan antioksidan.
B Complex = mengurangkan stress, mengimbangi hormon, membakar makanan menjadi tenaga, asid folik penting dalam penyusuan ibu.
Alfalfa = digunakan zaman-berzaman sebagai penambah susu di negara Barat.Serta untuk kebaikan kesihatan dalama wanita

Skincerity Aries Beauty Shop
sebarang pertanyaan lebih lanjut boleh  whts app saya 0194882829 



                                                 https://www.facebook.com/ariesBshop?ref=stream

Tahukah ANDA apa lagi kebaikan ESP SHAKLEE untuk kecantikan...??

◆》Protein adalah bahan utama dalam pembentukan pelbagai organ dan tisu dlm bdn serta kompenan utama kepada hormon manusia.Kekurangan protein menyebabkan kelemahn dlm sistem imune untuk melawan penyakit.
◆》AWET MUDA~Asid Amino penting untuk membina otot,kuku,rambut,darah,organ,kulit,gland dn lain2 pegambilan yg kerap adalah kunci kepda awet muda
◆》KULIT REMAJA~merangsang pembentukan semula kulit dan otot,megurangkan kedutan,agen anti penuaan,pengembalian radian kulit serta kepejalan otot,percepatkan penyembuhan luka dn megurangkan kesan parut
◆》PEMBEKAL TENAGA~membekal tenaga dgn segera dn meningkatkan sistem imun,maka ia baik untuk kekal bertenaga,mencegah migrain,imsomia,dn tekanan
◆》MEMBAIKI PIGMENTASI~membaiki masalah rambut seperti beruban dn rambut gugur,membaiki masalah pigmentasi,kedutan dn kuasa tua
◆》MEMBAIKI MEMORI~menigkatkan kualiti memori,vitaliti,dorongan seksual dn rangsangan...

PSsstttt~itu bru sedikit yg saya cerita tentang kebaikan ESP SHAKLEE ni byk lagi kebaikannya dgn satu jar ni byk masalah yg mampu anda selesaikn...

☆more info whts app 0194882829☆



KEBAIKAN : ESP SHAKLEE Untuk wanita yang ingin pregnant atau plan untuk pregnant : ESP pulihara dan pelihara rahim kita. Untuk wanita yang sedang pregnant macam saya sekarang : ESP kuatkan rahim kita dan bantu pembentukan otot bayi. Protein kan bagus untuk tumbesaran. Untuk wanita yang menyusu anak bertuah dan anak kesayangan : ESP bantu banyakkan pengeluaran susu. Bila kita cukup protein, means kita cukup tenaga. Susu pun berkhasiat.Untuk sesiapa yang nak stabilkan hormon : ESP mengandungi kacang soya, yang kaya dengan isoflavon, ia bantu memulihkan hormon wanita. Keluarkan darah kotor dan gantikan protein yang diperlukan. Untuk sesiapa yang mahu kurus : ESP buat kita rasa kenyang. Nafsu nak makan pun kurang. Untuk sesiapa yang ingin kekal sihat : ESP beri ketahanan badan dan pelengkap nutrient dalam badan kita. Bila semuanya cukup, haruslah boleh lawan penyakit yang datang, insyaAllah. Untuk sesiapa yang nak cantik : ESP buat kulit kita anjal, jadi gebu dan lebih cerah. Nampak berseri gitu. Bila dah cantik, tak perlu la nak tepek makeup tebal-tebal kan. Natural Beauty you! Untuk sesiapa yang bercadang untuk puasa : ESP bekalkan tenaga, jadi walaupun puasa kita tak rasa lemah. Lapar dan dahaga tu biasa la, itu dugaan tuhan bagi sebagai ujian.♥♥ ★★ untuk maklumat lanjut boleh la whts app saya di 0194882829★★


Sunday, March 24, 2013

Salam Sejahtera

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera kepada anda semua ini adalah blog kedua saya yang akan lebih berkisahkan tentang kesihatan serta makanan tambahan untuk kehidupan seharian kita.Saya harap dengan segala informasi daripada blog saya ini dapat memberi sedikit info pada anda semua.